BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, November 11, 2009

SEMINAR KERJA KEMASAN CAT OLEH COLOURLAND (M) SDN. BHD.PADA 12 NOV. 2009 DI TANJONG PUTERI GOLF & COUNTRY RESORT, PASIR GUDANG, JOHOR

Seminar ini berkaitan jenis cat dan kelebihan cat colourland

Penceramah : 1. Syarifah Salwa Binti syed Mohd
( Senior Brand Dev. Executive)

2. En. Loh Boon Heng
( GM / BoD Colourline )

1. Jenis cat

1. Colourlite & Super colourlite - untuk cat dalaman
2. Weatherflex - untuk cat luaran
3. Lavender supreme ( Separuh kilat) - anti bakteria & water proof dan boleh menutup retakan / rekahan halus pada plaster dinding.
4. Vinyl Silk - water base . untuk cat dalaman ( boleh dicuci )
5. Stain-less - Kotoran tak lekat pada permukaan . Kegunaan dalaman sahaja.
6. Rooflex - separuh kilat dan tahan kulat. Untuk kegunaan bumbung.
7. High Gloss - kegunaan cat dalaman dan luaran . untuk kayu dan metal.
8. Wall Sealer ( water Base) - perlu digunakan sebelum mengecat supaya cat tahan lama
9. Hgh Performance Sealer (solvent based) - untuk luaran seperti konkrit / tembok luar
10. Damp Sealer (solvent sealer)- Kegunaan dalaman dan luaran. Boleh digunakanpada tahap bawah 60% kelembapan.
11. Epoxy Coating
12. Etching Primer - Untuk GI atau metal. Guna dalaman dan luaran
13. Roadline Paint ( Reflective & Non-reflective)- untuk curve atau jalan tepi
14. Water Base Roadline Paint - digunkan untuk line di lapangan terbang dan trek F1. Tak licin
15. Solar Seal - kegunaan dalaman dan luaran. Tahan cuaca ( UV)
16. Timber Colour ( water base) -untuk kayu dan tahan kulat.
17. Exterior Brushable Crack Putty - kegunaan dalaman dan luaran. Gunakan berus sahaja untuk tutup retakan / rekahan.
18. Joint Compound (USG) - kegunaan dalaman sahaja
19. 24k Pearl Gold ( water base) - Gunakan pada metal dan konkrit. untuk Pagar luar rumah.


2. Panduan Mengecat

* Musuh utama cat adalah air. Air juga menyebabkan cat luntur dan berkulat.
* Testing Method menggunakan protimeter. Selain itu guna bag plastik dan tutup permukaan dan lihat ada wap air atau tidak. Masa yang baik mengecat jika tahap kelembapan di bawah 16 %.
* Foundation yang baik akan mengahasilkan hasilan yang baik.
* sebelum mengecat mesti gunakan cat sealer dahulu pada lapiran asas.
* Sebelum cat kayu pastikan gosok dengan kertas pasir dan cat dengan timber sealer dan gosok semula dan seterusnya mengecat dengan 2 lapis cat gloss (gloss-paint). Salah satu cat gunakan cat aluminium sebagai cat lapis pertama agar cat tahan lama.
* Bagi mengecat metal, pastikan segala karat di buang dan gunakan 2 lapis gloss-paint dan kemudian mengecat dengan cat pilihan.


3. Cara cat

Langkah 1:
* Sembur air minimum pada kelajuan 1300 psi - buang cat lama yang ada kulat

Langkah 2 :
* Guna kimical / ubat untuk basmi kulat
* Alaternatif lain basmi bakteria - Sebaiknya guna klorox untuk basmi kulat (10-15 liter
air + 2 penutup botol klorox)

Langkah 3
Gunakan cat sealer / gloss-paint sebagai lapisan asas.

Langkah 4:
* Dah kering baru cat
* Cat tak boleh campur dengan air
* Boleh campur 5-10% air untuk memudahkan/mencairkan cat jika cat pekat sahaja



4. Jaminan Pembekal

i. Luaran sahaja : 5 tahun Jaminan pembekal
ii. Dalaman tiada jaminan


5. Kesimpulan

Seminar ini sesuai untuk Pegawai Pembangunan di JPN dan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD)serta sangat sesuai didedahkan kepada para kontraktor yang terlibat sepenuhnya dalam projek mengecat ini. Seminar seperti ini memberi pengetahuan asas kepada para pegawai pembangunan JPN /PPD dan kontarktor tentang jenis cat dan tenik mengecat yang betul bagi menghasilkan kualiti kerja yang terbaik dan memberi kepuasan kepada pelanggan.

Saturday, November 7, 2009

PENYELENGGARAAN SEKOLAH

PENGENALAN

Sesuatu bangunan, perkhidmatan , peralatan dan persekitaran mempunyai jangka hayatnya tersendiri dan tidak terlepas daripada brlakunya kerosakan. Maka langkah bagi bangunan, perkhidmatan, peralatan dan persekitaran tersebut dapat berfungsi kekal dengan sempurna maka langkah-langkah penyelenggaraan perlu dilakukan dengan cara merawat, membaikpulih, menservis dan aktiviti mencegah kerosakan.

Pengurusan penyelenggaraan penting di mana ia memerlukan perlbagai kemahiran, pengetahuan teknikal dan pengalaman di tapak ( Mohd Suhaimi 2004). Penyelenggaraan yang terancangan dan berterusan dan penyelenggaraan yang berkualiti akan memastikan prsestasi kemudahan, bangunan, perkhidmatan, peralatan dan persekitaran kekal bertahan lama dan secara tidak langsung menjimatkan kos penyelenggaraan.


DIFINISI PENYELENGGARAAN

Menurut kamus Melayu Global (1996:615) penyelenggaraan merupakan usaha, kegiatan atau urusan yang bertujuan untuk menghasilakn (menyelesaikan atau menyediakan sesuatu. Penyelenggaraan menurut Piawaian British (British standard Glossary)BS 3811 (1984) ialah gabungans ebarang aktiviti yang dilaksanakan untuk menjaga atau mengembalikan sesuatu perkara bangunan atau memelihara kepada keadaan asal yang menepati paiawaian yang telah ditetapkan. "Menjaga" menurut Mohd suhaimi (2004) ialah kerja-kerja yang dilaksanakan bagi menghalang kerosakan elemen bangunan dan "mengembalikan" pula ialah membaikpulih setelah berlaku kerosakan.

Menurut British Standard Glossary BS 3811 pula mendifinisikans ebagai gabungan kerja-kerja teknikal dan pentadbiran yang bertujuan untuk memlihara sesuatu item atau memulihkan supaya dapat memenuhi fungsi yang dikehendaki. Jabatan alam sekitar (1972) pula mendifinisikan sebagai kerja yang dijalankan untuk menjaga, memuluhkan atau membaiki kemudahan-kemudahan setiap bahagian bangunan, perkhidmatan dan persekitaran supaya mencapai tahaps emasa yang boleh diterima dan mengekalkan ultiliti dan nilainya.

Shahril Bazlin (2004) mendifinisikan ialah satu ukuran pencapaian kepada piawaian yang dikehendaki dan diterima melalui langkah-langkahpembaikan dan pemulihan bagi memperolehi faedah-faedah dan nilai yang memuaskan ke atas sesuatu aset dan memenuhi matlamat penting meliputi menegkalkan nilai pelaburan, mengekalkan bangunan sipaya dapat terus kekal berfungsi dalam keadaan baik danmemberikan imej yang baik.

Penyelenggaraan menurut penulis adalah tindakan-tindakan yang diambil bagi meningkatkan kebolehgunaan kemudahan, perkhidmatan dan alatan agar berfungsi dengan sempurna dan selesa.


TUJUAN PENYELENGGARAAN

Penyelenggaraan penting bagi memastikan kemudahan, eprkhidmatan, alatan serta bangunan sentiasa dalam keadaan baik, selamat, selesa dan ceria. Penyelenggaraan merupakan satu fungsi yang penting yang berperanan menyokong kelancaran perjalanan operasi utama terhadap pengurusan dan pentadbiran di sekolah (Shahril Bazlin 2004). Menurut Fauziah Dan sapon (2008), ketidaksempurnaan prasarana menyebabkan iklim sekolah yang tidak kondusif untuk membangkitkan prasarana sekolah yang menjadi sumber ilmu. Kajian Ahmad Zabidi (2006) mendapati faktor bersih, cantik, selamat dan cukup ruang belajar mempengaruhi motivasi dan psikologi warga sekolah dan membantu keseronokan untuk belajar.


Maka tujuan penyelenggaraan adalah bagi (Mohd Suhaimi 2004) :-

1. Selamat digunakan
2. Mematuhi kehenda undang-undang (Statutory Requirements) yang ditetapkan oleg agensi pihak berkuasa tempatan.
3. Memanjangkan ketahanan dan jangkahayat
4. mencegah kerosakan berterusaan yang sukar dibaiki (Beyond economic repair)
5. menjimatkan kos penyelenggaraan
6. Mendapatkan nilai pasaran yang maksima bagi bangunan dan servis.
7. Mengekalkan kecantikan dan keselesaan.


Tujuan penyelenggaraan bagi sekolah pula adalah untuk :-

1. Memastikan bangunan sekolah, peralatan sekolah dan persekitarannya sentiasa selamat, selesa,
bersih dan ceria.
2. Mewujudkan iklim fizikal sekolah kondusif untuk proses pengajaran dan pembelajaran
3. Meningkatkan motivasi warga sekolah bagi mencapai kecemerlangan dalam semua aspek
kurikulum dan kokurikulum
4. Mengurangkan kos penyelenggaraan di sekolah
5. Mengekalkan nilai aset bangunan


KLASIFIKASI PENYELENGGARAAN

Menurut Piawaian British BS 3811 (1984) mengkategorikan penyelenggaraan kepada dua (2) kategori iaitu penyelenggaraan terancangan dan tidak terancang. Mohd Suhaimi (2004) dan Shahril Bazlin (2004) menjelaskan bahawa penyelenggaraan terancangan ialah sebagai kerja yang dilaksanakan dengan membuat ramalan ke atas masalah yang timbul, tindakan kawalan dan juga rekod-rekod aktiviti penyelenggaraan yang lalu. ia dirancang terlebih dahulu bagi tujuan rawatan dan pencegahan awal agar kekal berfungi dengan baik.

Penyelenggaraan tidak terancang pula ialah aktiviti tanpa perancangan awal dan luar jangka di mana penyelenggaraan yang dilakukan apabila berlaku kerosakan secara mengejut atau akibat bencana alam. Oleh itu kerja-kerja penyelenggaraan ini hanay bagi mengfungsikan semula operasi tersebut sahaja.

1. Jenis penyelenggaraan terancang :-

i. Penyelanggaraan bersifat mencegah

penyelenggaraan berjadual (Penyelenggaraan secara berkala mengikut tempoh masa
yang ditetapkan 0 dan penyelenggaraan berdasarkan keadaan di mana laporan pemeriksaan yang
menunjukkan perlu di selenggara.


ii. Penyelenggaraan bersifat membaik pulih

penyelenggaraan dilakukan setelah mengetahui keadaan sebenar sesuatu elemen sesebuah
bangunan, perkhidmatan atau peralatan.

2. Penyelenggaraan Tak Berancang

Kerja-kerja atau aktiviti penyelenggaraan yang dilakukan tanpa perancangan awal dan berlaku
secara mengejut akibat kerosakan atau bencana alam.


SKOP KERJA PENYELENGGARAAN

Aktiviti penyelenggaraan bangunan, perkhidmatan, peralatan dan persekitaran ini melibatkan empat (4) bidang utama iaitu :-

1. Kerja-kerja menservis - penyelenggaraan berkala dan berjadual
2. Kerja-kerja pemeliharaan - penyelenggaraan bagi memastikan kekal dalam keadaan spserti asal
3, kerja-kerja pembaikan - Membaiki kerosakan komponen kecil tanpa mengganti peralatan
4. Kerja-kerja penggantian - penggantian peralatan utama


KESIMPULAN


kerja penyelenggaraan penting bagi memastikan sekolah dalam keadaan selamat, selesa, bersih dan ceria. Keberkesanan pengurusan penyelenggaraan penting bagi memastikan output penyelenggaraan yang dilakukan berkualiti. Penyelenggaraan yang baik juga dapat memanjangkan jangka hayat sesuatau bangunan, peralatan, perkhidmatan dan persekitaran dan dapat memastikan berlakunya penjimatan kos bagi membaiki kerosakan tersebut.