Tuesday, January 19, 2010
KERATAN AKHBAR DAN BUKU LAPORAN KPM 2008
Monday, January 11, 2010
MESYUARAT JAWATANKUASA TINDAKAN KURIKULUM DAERAH MUAR
Tarikh : 12.01.2010
Masa : 8.30 pagi
Tempat : PPD Muar
Pengerusi :
Tn. Haji Ramli Bin Abd Samat ( Pegawai Pelajaran Daerah Muar)
Peserta :
Ahli jawatankuasa terdiri daripada PPD sebagai Pengerusi, Timbalan PPD (Timb. Pengerusi), Ketua-Ketua Unit, Penyelaras Unit-Unit, Pengerusi PKPSM & AJK Muar dan Pengerusi MGB & AJK Muar.
DASAR PENDIDIKAN YANG BARU
(Berdasarkan NKRA)
1. Pengurusperdanaan Pendidikan Prasekolah
Pengumuman Menteri Pelajaran akan memutuskan nanti bahawa prasekolah mungkin akan bermula dengan kanak-kanak berumur 4 tahun hingga 6 tahun. Tujuan bagi penyeragaman sukatan pelajaran prasekolah ini dan juga standard guru yang terlatih dan profesional. di samping itu, kuasa kepada PPD/JPN/KPM bagi pemantauan yang berkesan.
2. Pembasmian Buta Huruf - Melalui Program LINUS
Konsep Literacy and Numeracy Screening (LINUS) : Matlamatnya, Setiap murid boleh mengusai 3M dalam masa 3 tahun. Dalam masa 1 tahun ada 3 penapisan. Jika 3 tapisan tidak dilepasi dan disahkan oleh doktor bermasalah, maka murid tersebut dicadangkan ke kelas Pendidikan Khas. Program ini akan bermula tahun 2010 dan pada tahun 2012 bebas buta huruf. KIA 2M dan PENCH ( Program Khas JPN Johor) masih diteruskan juga untuk tahun 2 hingga tahun 6. Unit-unit di PPD bertanggungjawab merancang dan melaksanakan program LINUS.
3. "Soft Landing" PPSMI
"Soft Landing" bermula tahun 2010. Dasar PPSMI akan dimansuhkan sepenuhnya pada tahun 2012. Pengajaran Sains dan Matematik boleh diajar dengan menggunakan Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris atau dwi bahasa. Digalakkan menggunakan dwi-bahasa bagi mata pelajaran tersebut. Program Memperkasakan Bahasa Melayu (MBM) & Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBI) dimulakan.
4. Peperiksaan SPM: Dasar 10 mata pelajaran & Perubahan Gred Pensijilan
Bermula tahun 2010. pemilihan 10 mata pelajaran mengikut kumpulan mata pelajaran dalam peraturan pendidikan (Kurikulum Kebangsaan 1997) di bawah Akta Pendidikan 1996.
Mata Pelajaran Bahasa Melayu (1103), bahasa Inggeris (1119), Matematik (1449) dan Sejarah (1249) wajib diambil oleh semua calon dan tidak boleh diganti dengan mata pelajaran lain. Hanya calon-calon SMKA, SBPI,SMAP, SABK dan SMAN aliran sains boleh mengambil maksimum 11 mata pelajaran. JPN Johor akan melaksanakan Keputusan peperiksaan berdasarkan PNGK ( Purata nilai Gred Komulatif) dan GPP (Gred Purata Pelajar).
5. Perubahan Bahan P&P Elemen KOMSAS ( BM & BI)
Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5
Perubahan bermula tahun 2010. Merujuk kepada arahan Pekeliling Iktisas Bil. 7/2009 bertarikh 25 November 2009. Tujuan perubahan bagi memperkukuhkan kemahiran bahasa iaitu kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis di samping memupuk dan mempertingkatkan minat membaca serta apresiasi sastera dalam kalangan murid. Perubahan melibatkan tingkatan 1 & Tingkatan 4 (Tahun 2010), Tingkatan 2 dan Tingkatan 5 (2011) dan Tingkatan 3 (Tahun 2012). Tarikh penaksiran bermula tahun 2011 untuk SPM dan 2012 untuk PMR.
6. Standard RPT Guru & Latihan Murid ( PLAN-J) Negeri Johor
JPN Johor telah menyelaraskan bagi format RPT guru bagi negeri Johor. Biasanya RPT guru dipasangkan dengan PLAN-J murid. Item (lajur) dalam RPT-Contoh mata pelajaran Matematik seperti : i) Week/Date ii) Learning Area iii) Learning Outcomes iv) Remark . Cuti dan program sekolah atau sebarang program yang terlibat dimasukkan dalam RPT tersebut (rujuk Takwim Sekolah). Berdasarkan RPT, guru membuat latihan kerja murid berdasarkan PLAN-J (Bilangan soalan (pemulihan, pengukuhan dan pengayaan) dan bilangan latihan berpandukan kepada JPN Johor). Standard RPT dan PLAN-J ini boleh meningkatkan pencapaian pelajara di samping memudahkan pencerapan oleh Pengetua/Guru Besar dan pegawai PPD/JPN.
Catatan:
Rancangan Pelajaran Tahunan (RPT)
Piawaian Latihan Murid Negeri Johor (PLAN-J)
" MUAR NO. 1"
Friday, January 8, 2010
LAPORAN PEMANTAUAN SESI PERTAMA PERSEKOLAHAN 2010 DAERAH MUAR
4 Januari 2010 merupakan hari pertama sesi persekolahan 2010. PPD Muar telah mengagihkan pegawai-pegawai bagi pemantauan hari pertama persekolahan 2010 ini.
Hasil laporan pemantauan mendapati tidak timbul masalah kekurang kerusi meja pelajar di sekolah-sekolah di daerah Muar. ini kerana tindakan awal Pejabat Pelajaran Daerah Muar dan Unit Pembangunan dan bekalan berdasarkan laporan PPSAT hujung tahun 2009. Maka boleh dapat disimpulkan , sesi persekolahan hari pertama sekolah-sekolah di daerah Muar ini telah berjalan dengan sempurna dan pelaksanaan P&P telah berlaku pada hari pertama persekolahan.
Terima kasih kepada semua pihak terutama Pengetua/Guru Besar dan Guru-Guru Penolong Kanan sekolah yang bersiap sedia mempastikan tiada masalah berlaku pada hari pertama persekolahan tahun 2010 dan yang penting pelaksanaan P&P berjalan dengan baik.
Tahniah dan syabas kepada Pengetua dan Guru Besar serta guru-guru sekolah-sekolah daerah Muar.... Muar no. 1.
Thursday, January 7, 2010
RANCANGAN MALAYSIA KESEMBILAN (RMKe-9) DAERAH MUAR
MUAR, Rancangan Lima tahun dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMKe-9) telah pun melabuhkan tirainya pada 31 Disember 2009. bagi daerah Muar, RMKe-9 ini merupakan rahmat bagi institusi pendidikan di daerah Muar...semua cadangan bangunan tambahan dan bangunan gantian sekolah-sekolah telah berjaya dilaksanakan dans edang rancak dibina. sebuah sekolah baru iaitu SMK Pesisiran Perdana telah siap dilaksanakan di gunakan. Bagi sekolah menengah, projek bangunan gantian dilaksanakan oleh Kumpulan Apex Communications Sdn. Bhd. dan telah siap sempurna serta diserahkan secara rasmi pada sekolah.
Begitu juga bagi projek ubahsuai dan naiktaraf (USNT) dalam RMKe-9, juga telah hampir 96% telah dilaksanakan. Impaknya, pelaksanaan RMKe-9 ini telah dapat mewujudkan sekolah-sekolah yang kondusif bagi pelaksanaan P&P yang berkesan daerah Muar. Dapat disimpulkan di sini KPI bagi pembangunan institusi pendidikan Daerah Muar telah tercapai dengan cemerlangnya.
Mulai 01 Januari 2010, maka bermulalah tirai bagi projek RMKe-10. Diharap RMKe-10 yang dirancangkan akan berjaya dilaksanakan juga seperti RMKe-9. Terima kasih kepada Menteri Pelajaran Malaysia, Pegawai KPM, Jabatan Pelajaran Johor dan tahniah kepada JKR Muar yang telah menjayakan projek RMKe-9 ini.