BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, February 22, 2010

KARNIVAL MEMANCING BAKES 2010 PPD MUAR



MUAR : 21 FEB.2010 - Karnival Memancing 2010 Anjuran Badan Kebajikan Staf (BAKES), Pejabat Pelajaran Daerah Muar telah dijalankan pada 21 Feb.2010 (Ahad) lalu bertempat di Kompleks Marina, Tanjung Emas, Muar, Johor. Karnival dikelolakan dengan kerjasama Persatuan Memacing Joran Emas Muar. Seramai 166 pemancing menyertai karnival ini. Perasmian dan penyampaian hadiah disempurnakan oleh Tuan Haji Ramli Bin Abd Samat, Pegawai Pelajaran Daerah Muar. Antara kakitangan PPD Muar yang berjaya membolot hadiah tersebut ialah En. Arizan Ahmad ( No. 13 dan No.9), Haji Akabal Bin Basri (No.6) dan Haji Yusof Bin Dollah (No.11). En. Rathi Bin Salleh mengungguli kategori Hadiah Misteri (Tangkapan Udang ketak/udang lipan).

Program ini merupakan aktiviti bagi tahun kedua anjuran BAKES, PPD Muar. Tahun 2009, pertandingan dijalankan di Dataran Belakang Masjid Jamek Sultan Ibrahim, Muar. Program ini akan dijadikan program tahunan BAKES, PPD Muar. Kerjasama semua pihak telah menjayakan program ini dengan jayanya.

0 ulasan: