BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, August 28, 2009

ICT DALAM PENDIDIKAN

Apa itu blog?????????
Apa itu web-quest?????
Apa itu Face-book?????
Apa itu front-pages????
Apa itu Friendster????
Apa itu My Spaces?????
Apa itu Tagged????
dan pelbagai lagi ..........................

Mungkin anda telah mahir menggunakannya. Bagi saya Semuanya ini merupakan pengalaman baru pada saya........

Tak kenal, maka tak cinta......

Oleh yang demikian..... saya akan mendalami sesuatu yang baru ini setanding dengan generasi baru ini.

Dunia dah berubah.Membudayakan IT dalam kehidupan satu kemestian agar tidak ketinggalan.

Saturday, August 22, 2009

SELAMAT DATANG ..... RAMADHAN AL-MUBARAK


Tiada lagi makan tengahari.....apatah lagi sarapan pagi..... makan petang pun tak perlu lagi....

hanya berbuka dan sahur je yang kena ready... Jangan pula terebus maggi, jangan asyik

tengok TV... sampai terawih pun tak pergi...

Jangan dok tidor berhari-hari.... Ramadhan kali ini biarlah berkualiti....

Puasa datang lagi.... bersama-sama kita menghayati...

Salam Ramadhan Al-Mubarak kepada ahli keluarga tersayang & rakan-rakan yang diingati ......

dariku- khairulhizam.

Friday, August 21, 2009

A.I.S

Apa itu A.I.S......

A.I.S merupakan adaptasi daripada idea asalnya oleh Tn. Haji Zakaria Shukor ( Mantan Ketua sektor 3P, JPN Johor). A.I.S sebagai teras pegangan dan telah menjadi budaya kerja Unit Pembangunan Dan Bekalan, Pejabat Pelajaran Daerah Muar.

A - Akauntabiliti ( Accauntability)
I - Intergriti ( Intergrity)
S - Smart

UPB selaku unit yang bertanggungjawab merancang, melaksana dan memantau projek-projek pembangunan sekolah-sekolah di daerah Muar semestinya memikul amanah dan tanggungjawab besar bagi memastikan perancangan, pengurusan , pelaksanaan projek yang dilaksanakan menepati kepuasan pelanggan yakni warga sekolah. Amanah ini dilaksanakan dengan sebaik yang mungkin dan secara telus tanpa ada kepentingan peribadi dan juga penyelewengan serta pembaziran wang kerajaan.

Perancangan dan pengurusan yang bijak dengan segala maklumat sekolah dihujung jari dapat membantu menyediakan perancangan yang terbaik dan dapat menyediakan ekses pendidikan yang terbaik kepada anak-anak pelajar di daerah Muar ini.

Budaya kerja baik ini akan terus dijulang bagi memastikan sekolah-sekolah di daerah Muar merupaakan sekolah yang terbaik di negara ini.

Thursday, August 20, 2009

Salam sejahtera

Blog ini dibangunkan bertujuan untuk perkongsian maklumat mengenai pembangunan fizikal sekolah di muar. Fizikal sekolah merupakan aspek yang penting sebagai pemangkin kepada kecemerlangan sekolah dalam aspek akademik, kokurikulum, kewangan dan juga keceriaan sekolah. Fizikal sekolah yang kondusif merangkumi bangunan sekolah yang sempurna, bilik darjah dan bilik khas yang sempurna dan mencukupi, kawasan persekitaran yang selamat, bersih dan ceria serta suasana P&P yang selesa.

Setiap tahun kerajaan memperuntukan sejumlah peruntukan yang besar dalam bajet tahunan bagi sektor pendidikan terutama bagi mewujudkan sekolah yang kondusif. Projek Rancangan Malaysia (RMK) lima tahun juga memperuntukan jumlah peruntukan yang besar bagi mengganti bangunan baru, menambah bangunan baru serta menaiktaraf dan mengubahsuai bangunan sekolah agar selamat, selesa dan kondusif untuk warga sekolah. Selaras dengan teras ke-4 PIPP yang dapat merapatkan jurang pendidikan.

Maka, blog yang dibangunkan ini bagi perkongsian maklumat terutama daripada Pentadbir sekolah , pelajar atau Pegawai Pembangunan di Pejabat Pelajaran daerah dan JPN supaya dapat berkongsi idea, maklumat, penambahbaikan dan inovasi agar program-program yang dilaksanakan untuk kecemerlangan institusi pendidikan di negara ini .

Sekian.

No. untuk dihubungi :

Khairulhizam Hassan - Tel : 06-9525181
- Faks : 06-9525026
- email : khizam_ppdm@hotmail.com