BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, August 21, 2009

A.I.S

Apa itu A.I.S......

A.I.S merupakan adaptasi daripada idea asalnya oleh Tn. Haji Zakaria Shukor ( Mantan Ketua sektor 3P, JPN Johor). A.I.S sebagai teras pegangan dan telah menjadi budaya kerja Unit Pembangunan Dan Bekalan, Pejabat Pelajaran Daerah Muar.

A - Akauntabiliti ( Accauntability)
I - Intergriti ( Intergrity)
S - Smart

UPB selaku unit yang bertanggungjawab merancang, melaksana dan memantau projek-projek pembangunan sekolah-sekolah di daerah Muar semestinya memikul amanah dan tanggungjawab besar bagi memastikan perancangan, pengurusan , pelaksanaan projek yang dilaksanakan menepati kepuasan pelanggan yakni warga sekolah. Amanah ini dilaksanakan dengan sebaik yang mungkin dan secara telus tanpa ada kepentingan peribadi dan juga penyelewengan serta pembaziran wang kerajaan.

Perancangan dan pengurusan yang bijak dengan segala maklumat sekolah dihujung jari dapat membantu menyediakan perancangan yang terbaik dan dapat menyediakan ekses pendidikan yang terbaik kepada anak-anak pelajar di daerah Muar ini.

Budaya kerja baik ini akan terus dijulang bagi memastikan sekolah-sekolah di daerah Muar merupaakan sekolah yang terbaik di negara ini.

0 ulasan: