Blog ini dibangunkan bertujuan untuk perkongsian maklumat mengenai pembangunan fizikal sekolah di muar. Fizikal sekolah merupakan aspek yang penting sebagai pemangkin kepada kecemerlangan sekolah dalam aspek akademik, kokurikulum, kewangan dan juga keceriaan sekolah. Fizikal sekolah yang kondusif merangkumi bangunan sekolah yang sempurna, bilik darjah dan bilik khas yang sempurna dan mencukupi, kawasan persekitaran yang selamat, bersih dan ceria serta suasana P&P yang selesa.
Setiap tahun kerajaan memperuntukan sejumlah peruntukan yang besar dalam bajet tahunan bagi sektor pendidikan terutama bagi mewujudkan sekolah yang kondusif. Projek Rancangan Malaysia (RMK) lima tahun juga memperuntukan jumlah peruntukan yang besar bagi mengganti bangunan baru, menambah bangunan baru serta menaiktaraf dan mengubahsuai bangunan sekolah agar selamat, selesa dan kondusif untuk warga sekolah. Selaras dengan teras ke-4 PIPP yang dapat merapatkan jurang pendidikan.
Maka, blog yang dibangunkan ini bagi perkongsian maklumat terutama daripada Pentadbir sekolah , pelajar atau Pegawai Pembangunan di Pejabat Pelajaran daerah dan JPN supaya dapat berkongsi idea, maklumat, penambahbaikan dan inovasi agar program-program yang dilaksanakan untuk kecemerlangan institusi pendidikan di negara ini .
Sekian.
No. untuk dihubungi :
Khairulhizam Hassan - Tel : 06-9525181
- Faks : 06-9525026
- email : khizam_ppdm@hotmail.com
Thursday, August 20, 2009
Salam sejahtera
Dicatat oleh khairulhizam Hassan di 12:58 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 ulasan:
Post a Comment